Isnin, 12 Jun 2017

Treking gunung sibayak bersama fadlymedan transport pm to whatsapp +6281376455045

Assalamualaikum and hi 👋🏻
Saya nak share trip saya ke Gunung Sibayak, Medan.

Fees: RM 70 including light breakfast on top of mountain, tapi saya rasa boleh kawtim lagi tu harga dia since trip saya tu last minute punya plan so tak sempat nak nego banyak 😂 Nak hiking mmg wajib pakai guide.

Scenery: Peh bab pemandangan dia mmg mantap! Boleh nampak kawah gunung berapi and banjaran bukit keliling dia. And scenery yg paling best sekali is boleh nampak Gunung Sinabung yg tgh active. Nampak debu yg tgh meletus. Kalau nasib baik boleh nampak lava flow kalau start hiking pagi buta. Kitaorg naik awal pagi sbb nak tgk sunrise and mmg worth lah bangun awal awal pagi sbb mmg serius cantik sunrise tu 🌅

Experience: Guide saya adalah seorang volcanologist and mmg beruntunglah kitaorg sbb dpt belajar banyak benda pasal volcano. Takdelah naik saja saja je. And guide tu jugak kerja dgn National Geographic. So mmg banyaklah experience dia. And lagi satu saya dpt solat subuh atas gunung tu. Mmg sejuk gila. Kena bawak at least sweater tapi tu pun still tak cukup. Ada glove lagi better.

Itinerary:

5.00 am: Start hiking
6.00 am: Sampai puncak
9.30 am: Start turun ( Sebenarnya ikut kitalah nak turun bila, guide tu akan ikut je and saya turun lambat sbb dh takde aktiviti sgt dh haritu)

Saya include beberapa gambar Gunung Sibayak and if interested nak ke Medan boleh contact Julfadly Siagian sbb saya deal dgn dia haritu and insyaAllah dia boleh provide the best guide untuk hiking.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan