Memaparkan catatan dengan label tentang fadly. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tentang fadly. Papar semua catatan

Khamis, 18 Julai 2019

pakej tour medan,by: Muhibah tour

TRIP FAMILI KE Medan-Prapat-Samosir Island-Brastagi

Part 1, Medan-Prapat

2017, bermulanya percutian keluarga yang pertama. Tak rancang pun nak pergi sekali, tapi rezeki Allah atur cantik bagi semua anak-anak Mama join. Trip Sabah 2017, imbau nostalgik zaman belajar Mama di sana.

2018, Percutian ke-2 kami sekeluarga, dan ke-2 kali juga tanpa Abah. Pulau Perhentian, damai dan tenang. Real family bonding.

2019, Medan, Indonesia. Kali ni percubaan pertama keluar dari Malaysia dengan ramai bilangan rakyat jelata. Tapi kali ini anak bongsu Mama tak ikut 😞

Kenapa bila Abah dah tak ada baru nak ada family trip macam  ni?

Sebab, kehilangan tu sakitnya hingga akhir hayat orang yang ingat. Maka, selagi ada hayat dan sihat, kita create kenangan dan appreciate each of family members yang masih ada. Especially dengan Mama. Kan?

Kisah Medan;

Bermula terbang seawal jam 8.40AM, buat pertama kalinya Azrina merasai AirAsia (AA) cemerlang menepati masa penerbangannya kali ini. Beli tiket sebab murah, RM39 je sehala (basic price). Kalau diikutkan peristiwa hitam Trip Sabah 2017, berdepan dengan staff AA yang biadap tu, memang AA disenarai hitam untuk percutian keluarga.

Cuma waktu balik ke KUL je delay 20 minit.
Tak apa, boleh hadap lagi 20 minit tu.

Sampai je Medan, agen transport dah menanti kunjungan kami. Terus naik van, BERSIH oii. Dalam perjalanan ke bandar Medan, beli simkad IDR100k (6.5gB), tapi macam  hampeh je sebab data cepat habis, haha! Gasak lah sebab di hotel ada wifi.

Kendian kami terus sarapan di Soto Sinar Pagi, dalam bandar Medan. Perjalanan sangat smooth, tak sesak sangat. Tapi uniknya Medan, kau parking ke berhenti sekejap ke tepi jalan, ada je kutu tukang jaga parking akan minta IDR5k. Di sini, kena stanby note IDR5k tu banyak keping.

Makanlah kami Soto Medan. Soto orang Medan ni sebenarnya sup bersantan. Dalam kepala hotak seorang Azrina, soto macam nenek masak tu, sup.

Tapi sini kau kena telan dengan nasik!
Ok hadap.

Kat sini yang sedapnya, bergedil dia. Tapi yang tak sedap tu, harganya bila bayar. Bapak punya mahal, dekat IDR500k kami kena patuk. 10 orang makan punya harga, makan sup semangkuk kecil dan nasik kosong portion macam nasik lemak tet*k.

Bermakna, RM15 sekepala.
Benda viral jangan percaya. Kah!

Lepas sarapan, aktiviti shopping baju batik. Jujur nak habaq mai, batik Medan ni antara batik yang cantik dan fabrik diorang memang cun berbanding batik Indonesia yang lain.

Dah shopping, kami berhenti solat Zohor di Masjid Raya al Mashun, masjid yang siap dibina pada 1909. Masjid ni pada aku biasa je design dia, cuma pengalaman tu berbeza. Ke aku rasa biasa sebab baru bangun tidur. Kah! Dari Sinar Pagi nak ke Masjid, aku memanfaatkan masa untuk pejamkan mata seketika.

Ok, sambung....
Masuk je perkarangan masjid, nak solat kau kena pi ambil wudhu' di tempat wudhu' yang agak jauh dari tangga masjid. Laluan masuk masjid, ada satu je. Ye, hanya SATU laluan. Lelaki dan perempuan kena masuk ikut tangga yang sama.

Masa kami sampai tu waktu Zohor, so boleh bayangkan terik matahari tu punya lighting on point untuk bergambar. Tapi lecaknya ketiak hanya manikam yang tahu.

Pi ambil wudhu', kena parking selipar di satu tempat ni, ada tukang susun siap bagi nombor lagi selipar kau parking rak mana. Dah susun, kau kena menapak ke tangga masjid berkaki ayam di tiles yang menadah sinaran terik matahari. Disebabkan Azrina ni dikurniakan baby skin yang halus mulus,  nak menapak ke tangga masjid tu rasa terbakor bak menjengket atas bara api. Insof weh, macam mana la kita menapak di padang Mahsyar nanti.

Giler panas! Jarak dia ada dalam 50-100 tapak kot.

Dah solat, ambil selipar. Bayar seikhlas hati pada tukang jaga selipar. Tapi Azrina tak bawa wallet, maka dapat sedekah senyum dan terima kasih aje.

Usai solat, kami bergerak terus ke Prapat iaitu mainland of Samosir Island. Dari bandar Medan nak ke Prapat akan lalu satu highway ni, ada tol. Jalan cantik je lurus. Suasana perjalanan tu macam kau on highway di SP-Alor Setar. Kiri kanan terbentang sawah padi. Cantik. Lagi cantik sebab highway ni tak sesak, tak ada Myvi cucuk belakang, atau Polo berdesup bagi highbeam nak potong macamkan nak cirit sangat.

Tenang. Perjalanan yang layan scenery scenery yang cantik sambil dengar celoteh pak supir kami. Oh ya, mana dapat contact supir ni? Dari blog. Ye, Azrina sejenis lebih suka membaca dari search on FB or youtube.ni namanya Pak Fadly ni lah saya bagi namber contak and whatsapp +6281376455045. Deal pakej dengan Pak Fadly ni.

Masa kita booking, tak perlu bayar deposit. Dah sampai KNO Airport baru bayar. Van dia bersih, selesa. Dan amazing-nya, setiap hari akan basuh dan bersihkan van.

Van+Supir+Minyak hanya IDR1.2juta SEHARI.

Kalau ikut currency masa ni, RM351.60 je sehari.
Murah, berbaloi dan perkhidmatan yang superb bagus! Korang boleh book dengan Julfadly Siagian.

OK, sambung kisah ke Prapat. Lepas je highway, lalu di Pematangsiantar. Ada pekan kecil dan di sinilah ada lemang kontot Kak Inong. Lemang yang makan cicah kaya. Sedap, lemak manis. Pengalaman baru merasa makan gitu.

Next stop ke TangTang TingTing TongTong.
Ok, tempat ni Azrina tak google or ambil tahu pun. Bila dah sampai, rupanya gudang jualan kekacang. Macam-macam jenis ada. Sekejap je kami di sini sebab benda tu kat Malaysia pun banyak, tambah lagi kat Buntong nun. Bersepah kacang putih.

Lepas dari beli kekacang tu, perjalanan jadi sedikit adventure. Ecewah! Adventure apa, aku sambung membuta. Kah! Sebab aku dah research awal-awal, sebelum sampai Prapat, jalan dia macam Tg. Bungah nak ke Ferringhi tapi lebih panjang jarak perjalanannya. Sebelum aku pening dan mabuk, baik membuta. Azrina bijak bukan?🤓

Azrina terjaga dari lena yang indah bila Mak Aji bising suruh bangun sebab beliau begitu excited tengok pemandangan Lake Toba yang memang memukau scenery-nya. Ini baru bawak Mak Aji tengok Lake Toba, kalau bawa ke NZ, risau beliau tukar kerakyatan NZ je kang. Kah!

Sampai je, kami dinner dulu makan nasik ayam penyet. Sedap sungguh nasik ayam penyet sini, sambal dia memang kawww ah! Oh ya, restoren yang Kadir bawa ni semestinya halal sebab dia pun Muslim & dia sangat menjaga solat ye.

Dan check in lah kami di Hotel Atsari. Hotel malam pertama dalam percutian ini. Setiap point kami tukar hotel. Tak penat sebab ada caranya bila pack baju. Mudah dan tak pening.

Hotel Atsari ni bagus. Prapat cuaca sejuk! Sejuk berkabus weh. Lagi sejuk dari Cameron Highland waktu malam. Hotel ni punya air circulation memang terbaik . Walaupun dah sejuk, hotel ni pasang juga aircond. Ini memang pertama kali Azrina jejak hotel yang tak bau kedup langsung! FRESH!

Bersih, tak bau rokok dan BESAR. Breakfast dia okay je, sedap tapi tak boleh la compare dengan breakfast di hotel hotel dalam Malaysia yang 4-7 star. Kena faham, bila datang Indonesia, makan ruji paling wajib adalah nasi. Maka, juadahnya banyak nasi. Nasi goreng aje 4-5 jenis

 Hah! Kat sini kuih seri ayu dia sedap nak mampuih. Pisang goreng pun best walaupun dah sejuk. Jenuh waitress tu topup asyik habis je kami bedal. Lontong sayur dia besher-besher je, paling sedap Kak Ida masak aa.

Seharian penat berjalan. Maka malam itu masing-masing tidur awal untuk aktiviti ke Pulau Samosir! 9:30 malam waktu Medan, semua dah lena.
.
.
Sambunglah Part 2 kalau Azrina ada masa.

Catatan kenangan untuk masa depan.