Ahad, 14 Julai 2024

tour 4D3N bersama kk nor faezah

Assalamualaikum 
Bismillah..
Okay ramai tanya,”eza pakai pakej apa?harga berapa?kongsi dengan keluarga lain ke dalam tour tu?” baik2 sini eza ceritakan.. kalau amik pakej dengan Muhibbah Travel dari Indonesia ni dia memang siap pakej dah..

jadi kalau kita nak p berapa orang kena inform dekat dia..contoh, macam eza 4 beranak..bagitau 4 beranak tapi 2 orang kecik lagi.. jadi pakej eza ambil lebih kepada 2 orang punya la..sebab makanan anak2 tumpang eza dan suami ja..

PAKEJ dia macam mana eza? PAKEJ dia semua included Hotel,Makan,tiket lawatan,minyak,tol.. upah supir..kiranya kita cuma bawa duit SHOPPING dan TIPPING macam tu saja😁😁

berapa PAKEJ dia? Rm1950 untuk kami 4 beranak..excluded flight ticket la..Flight ticket eza hunting bulan lepas..jadi 4 beranak sekali luggage& insurans eza beli Rm1200++ camtu..

⭐️DAY 1⭐️

Flight air asia ni ampa kena hati hati la..sepatotnya naik pukul 9 pagi tapi dia delay sampai pukul 2petang🤧🤧 sakit hati betul.

Pukul 12.30 petang sampai di kaunter air asia,check in baggage terus boarding ke gate 4.
pkul 2.20 petang masuk la kami ke dalam flight..

PESANAN ringkas!! jangan la add makanan dalam flight..takdan nak kentut dengan buka makanan tut2 dah sampai🤣🤣🤣 50 minit ja gaiss…😂😂

flight pkul 2.20 petang dari malaysia jadi sampai di Medan Indonesia pukul 2.20petang jugak.sebab depa lewat sejam dari Malaysia.

yang lambatnya dekat imigresen..sekarang ni depa ambil cop jari tau..depa tengok vaksin kad ya!!!!!!!! so kena ada mysejahtera dan vaksin!!!lepas tu dia punya soalan bertubi2..😂😂 mai sini bokpa berapa hari pastu pi mana..adududu Pak!! jangan taku jangan gentar!! jawab aja deh😝😝

sesudah ambil luggage terus cari tour guide kami..nahhh nampak kelibat adik hensem Dicky tengah tunggu sambil naikkan sepanduk nama Ms Eza gituuuuu.. aummmm rasa macam retis🤣🤣🤣🤣

okay2 lanjuttt..terus kami bergegas ke kedai makan.. makanan sini uishhhhhh sedappppp lain terus siakap 3 rasa dia kat sini..❤️ fallin in love sampai hari ni🤤🤤🤤

kalau anda bukan penggemar pedas, tersangat la rugi datang medan ni..sebab semua pedas2 berlado orang kata😬😬 walaupon tonsil masa ni baru lega..pulun jugak la🤫🤫🤫

sesudah makan kami teruskan perjalanan ke danau Toba yang memakan masa 4 Jam ya gaisss.. kiranya pukul 5 petang kami bertolak dari medan sampai ke Danau Toba dalam pukul 9-10 malam macam tu la..fuhhh jauh perjalanan dia..😁😁😁

selesai check in di hotel Atsari,super hotel sebab bersih sangat..dan selesa..makanan malam pon depa hidang kat kita di bilik..aduhhhh macam Raja deh🤫🤫😂😂

⭐️Day 2⭐️

sepatotnya hari ni ke pulau Samosir,tengok Perkampungan batak..tapi tula sebab kita ada anak kecil,pastu hati pon tak berapa tenang nak bawak anak2 tengok makan2 raja batak depa jadi i cancel that program..terus amik program hari ke tiga tu..Jadi kami teruskan perjalanan dari Danau Toba ke Brastagi.. sebelum ke Brastagi kami ambil gambar dulu kat area Danau Toba tu..

perjalanan ke Brastagi lebih kurang 2jam setengah jugak la.. Kat Brastagi tu kalau kat Malaysia ni macam cameron highland gitu.. ada jual strawberry, dan buah buahan.. 

sebelum sampai Brastagi kami singgah makan R&R macam tu la.amik gambar dalam sarang burung..kentang goreng dia buat sendiri weh..kira fresh dari kentang biji tu la..dan fresh orange dia perghhhhhhhhhhh sedapppppp namati.. kami lanjutkan perjalanan ke brastagi dan selepas itu singgah makan tengah hari..macam biasa la sedappp sedappp la makanan depa kan pedas😂😂😝 orang kata terkeluaq juboq pedaih dia🤣🤣🤣

sampai je kat Brastagi..wahhh kat sini kita disambut macam arrrreeetisssss🤣 depa dok depan pintu kereta mntak kita naik kuda2 depa..emm macam aku dapat kuda pink tu la..ntah hidup ntah tidak dah kuda tu lepas aku naik..born crack pa🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

selesai ronda2 naik kuda, makan jagung cheese fresh dengan shopping buah buahan terus check in hotel.. makan malam pon kat bilik saja sebab anak anak dah tidur letih..

⭐️Day 3⭐️

Kami bertolak dari Brastagi ke medan..nahhh kat sini masa nak turun dari Brastagi sofia muntah sepanjang jalan..tips dia jangan bagi anak susu sebelum turun dari Brastagi tu..sebab jalan dia liku liku..pening jugak kepala kita.sediakan cekelat berangin untuk sapa yang nak mual2..

sampai ja di medan,kami ke pasar ikan nak cari kacang..masa ni la aku ngan anak2 kena kejar peniaga..mat ijuan la..dia abaq aku artis..adoiiiiii🤣🤣🤣 berdekah kami gelak..xpasai dia kata sebab areeetissss kena beli seluar kat malaysia baru 10hengget kat sana 30 hengget😂😂😂

selepas itu Tourguide bawak kami makan masakan padang..makanan dia aishhh sedaaaaappppppp……….kalah nasi padang malaysia..hihihihhihi😬😬😬 sesudah makan kami terus ke hotel check in..dan tourguide tinggalkan kami untuk aktiviti bebas😍😍😍

jam menunjukkan pukul 5 petang,mulanya nak bagi anak tidur tapi depa takmau tidoq terus kami order in drive untuk ke shopping Parkir..emm jahanam 1 juta shopping dress dress..aduhh lawa la dress depa..😍😍 kalau kat malaysia dress tu dalam 80-90 henget..kat kedai tu dalam rm30 ja..😻😻

perjalanan dari hotel ke parkir shopping tu 15 minit jugak gais.jauh tu..dan dia punya upah cuma 20,000 duit kita dalam rm6 ja..ohnooo sangat murah..sebab dengan jalan yang busy..kalau Penang pon rm15 wajib🙄🙄

selesai shopping semua kami balik hotel,beli makan dekat foodcourt..duit makan malam ni pon tourguide bagi ya..jadi kita bebas nak beli makan kat mana pon😍 tu yang best🥰

kalau ke Medan ampa wajib minum air minum Fresh orange depa..rasa lain sungguh dengan Kat malaysia ni…

⭐️Day 4⭐️

Bersiap siap breakfast di hotel dan terus check out..kami teruskan perjalanan ke istana Maimun.. mendengar history tentang keturunan sultan dan raja rasa sedih pulak..bila mereka (rakyat) menolak pemerintahan raja@sultan..

nak dengar lebih cerita ampa kena la p sana..

seusai mendengar history langsung kami pilih memakai busana persalinan raja@permaisuri dari istana tersebut..harusla snap snap snap📸📸📸

Seterusnya kami lanjutkan perjalanan untuk shopping kek kek yang femes kat medan..kek ambun katanya🥰😍

selesai shopping semua kami teruskan perjalanan ke Airport sebab flight kami pukul 3..jadi pukul 1 dah kena check in.. masa check in ni Allah uji cash hand dah habis..dasat mak ang shopping😂😂 luggage tak boleh add dekat airasia sebab dah 24 jam..lupa kemarin tu nak add🙄 salah sendiri kan..haaahhaah..

nasib baik jumpa orang india yang baik dari malaysia bagi tukar duit dengan dia..jadi eza transfer ja duit kat dia,dan dia bagi cash hand..

alhamdulillah selesai check in baggage,kami masuk boarding,makan sesiap..flight sampai langsung kami masuk.. 

benda paling sedih,Iphone adik XR tertinggal di airport Kualanamu🤧🤧 dah sampai malaysia sampai rumah cari cari hilang..cuba trace location tak dapat..tergerak hati buka email icloud.. tiba tiba ada message masuk.. alhamdulillah, ada orang indonesia juga yang jumpa..langsung kami bagitau tourguide kami Muhammad Dicky Pratama untuk berurusan..insha Allah hari ni mereka cuba berjumpa orang yang jumpa handphone adik tu..
semoga dipermudahkan urusan ya dik🤲🏻🤲🏻

dalam dunia ni ada ja orang jujur cuma kalau kita belum bertemu tu tetapla sabar..insha Allah satu hari pasti berjumpa..terima kasih buat si penjumpa..masih tunggu kabaran dari mereka..

sesapa nak dapatkan service boleh terus contact yang eza tag tu ya..p dengan depa tak rasa macam p dengan orang..macam jalan ngan adik2 gitu..Dicky tu baik sangat🥰🥰🥰

sebenarnya kalau dah bayar pakej tu tak perlu bawak duit poket banyak2..Rm500 pon dah cukup..sebab nak buat apa?nak makan?dah ada dalam pakej..nak hotel?pon dalam pakej..nak byar tiket?pon dalam pakej..nah jadi jimat dah poket..😇😇

dibawah eza share kan gambar gambar disana🥰